Adakah ini yang membolehkan saya membuang najis yang panjang?
Pada peringkat awal, sesetengah orang akan membuang najis panjang yang
kelihatan elok tetapi selepas beberapa hari apabila usus sudah dibersihkan sepenuhnya dan menjadi normal, bentuk najis juga akan menjadi normal.
Adakah SOG-3 boleh digunakan untuk menggantikan makanan?
Tentu sekali! Satu sajian 10gm SOG-3 adalah satu sajian menyeluruh!
Satu pemakanan seimbang dengan segala khasiat yang anda perlukan
adalah paling sesuai untuk mereka yang sibuk terutama mereka yang
sentiasa mengejar masa. Dengan nilai sebanyak RM2.56 setiap sajian,
ia boleh dianggap menjimatkan perbelanjaan, berkhasiat dan mudah.
Selepas mengambil SOG-3, saya berjaga pada waktu malam, adakah ini tindak balas yang biasa?
Ini hanyalah tindak balas sementara bagi mereka yang baru mula mengambil SOG-3. Ini disebabkan proses pembuangan racun dan kuasa pemulihan semula jadi tubuh kita. Kadar metabolisma tubuh kita telah meningkat menyebabkan penambahan paras tenaga dan peningkatan di dalam peredaran darah kita. Untuk mengurangkan masalah sementara ini, elakkan daripada mengambil SOG-3 selepas jam 7 malam.
Ada sedikit darah pada najis, adakah sesuatu yang tidak kena?
Jika anda pernah mempunyai kecederaan usus yang lama, pembekuan darah, hati yang mengeras atau mengalami buasir, ia dianggap tindak balas pemulihan yang biasa. Ini tanda yang baik dan disarankan supaya anda terus mengambil SOG-3. Jika anda tidak mengalami penyakit yang disebutkan itu sebelum ini atau dalam keadaan sekarang dan darah itu muncul secara mendadak, sila berbincang dengan doktor anda.
Saya mengalami sakit badan selepas mengambil SOG-3, adakah ia biasa?
Ini adalah tindak balas biasa, sepanjang proses pembuangan racun adanya kesakitan sementara pada bahagian yang bermasalah atau berpenyakit. Apabila kuasa pemulihan semula jadi itu memulakan tugas membuang racun, mereka yang mempunyai tubuh yang berasid akan mengalami sakit badan di bahagian tubuh yang lemah. Ia akan hilang selepas pemulihan apabila tubuh mula pulih dengan sendiri. Ini adakah tanda yang positif.
Saya mengeluarkan banyak najis berwarna hitam dan saya kerap membuang air secara tidak normal, apakah saya perlu terus mengambil SOG-3?
Fungsi SOG-3 pada 7 hari yang pertama adalah membuang bahan beracun yang sudah lama berada di dalam perut. Ini tanda yang baik dan disarankan supaya anda terus mengambil SOG-3 untuk membersihkan sistem sepenuhnya dan mengekalkan kesihatan anda.
Saya mula ditumbuhi jerawat selepas mengambil SOG-3, ia membuatkan saya mula risau.
Gunakannya seperti biasa jika jerawat itu sedikit atau kurangkan kuantiti atau kekerapan pengambilannya untuk mengurangkan kepantasan keadaan terbabit. Ini adalah kejadian di dalam proses pembuangan racun dan biasanya muncul di kalangan mereka yang mempunyai fungsi hati yang lemah. Selain jerawat, anda mungkin mengalami sedikit kemerah-merahan atau radang kulit tetapi tindak balas berkenaan akan hilang selepas proses pembuangan racun itu selesai.
Ada ketikanya saya rasa pening selepas mengambil SOG-3, adakah ia selamat?
Ini adalah tanda pembersihan dan pembuangan racun yang biasanya berlaku di kalangan mereka yang mempunyai paras gula darah yang rendah dan mereka yang cuba mengurangkan berat badan segera. Tingkatkan pengambilan cecair terutama jus buah-buahan organik dan ia akan kembali seperti biasa selepas tempoh tertentu.
Saya rasa loya selepas mengambil SOG-3, adakah ini tindak balas biasa?
Rasa loya dan muntah di bahagian perut itu disebabkan oleh rasa tidak selesa di bahagian mulut dan penolakan secara psikologi. Kesan ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang mempunyai masalah penghadaman dan hati. Disarankan supaya anda mengambil SOG-3 selepas makan. Anda boleh juga mencampurkannya dengan jus buah-buahan atau madu untuk memudahkannya diminum.
Saya kedatangan haid beberapa kali selepas mula mengambil SOG-3, adakah ia menyebabkan ketidak seimbangan dalam kitaran haid saya?
Tidak. Ia adalah biasa dan tanda yang baik berlakunya pembersihan bahan beracun di dalam rahim. Ia suatu tanda keremajaan semula yang menstabilkan sistem endokrin yang menyebabkan berlakunya haid serta menghindari anda daripada mengalami barah serviks. Disarankan bahawa anda terus mengambil SOG-3.
Apakah kepentingan pembuangan racun daripada sistem tubuh kita selain memakan makanan yang menyihatkan dan kerap bersenam?
Penyakit berpunca daripada kegagalan tubuh manusia untuk mengeluarkan bahan buangan, mukus dan bahan beracun yang menghalang fungsi biasa organ. Bahan beracun itu bukan saja memusnahkan fungsi penghadaman biasa tubuh kita tetapi ia juga memasuki perjalanan darah hingga ke beberapa bahagian organ sekali gus memusnahkan sistem perjalanan berkenaan, hati dan buah pinggang serta sistem usus kita. Justeru, paling mustahak untuk membuang segala bahan beracun itu sepenuhnya bagi membolehkan kita terus sihat dan bebas daripada penyakit.
Apakah perlunya pelbagai bahan kandungan di dalam SOG-3?
Mengapa tidak. Tubuh kita adalah satu sistem yang kompleks. Pengetahuan
kita mengenai sistem ini masih berkembang. SOG-3 adalah hasil penyelidikan
terkini dalam usaha memahami sistem kompleks tersebut yang dikenali
sebagai tubuh manusia dan menggunakan keupayaan manusia untuk mengumpul
pengetahuan mengenai bahan kimia pyhto daripada makanan.
Saya dapati SOG-3 mengandungi probiotik. Apakah probiotik dan mengapa ia dimasukkan ke dalam SOG-3?
Probiotik SOG-3 adalah probiotik bukan tenusu. Ini penting bagi mereka yang sukar menerima laktosa. Probiotik adalah lactobacilli bermanfaat yang menyimpan ‘micro flora’ diperlukan untuk persekitaran usus besar yang sihat. Lebih dikenali sebagai “bakteria mesra”, ia memperkukuhkan bahagian usus dan membantu memecahkan protein, lemak dan kanji bagi memastikan penyerapan khasiat yang sempurna. Probiotik ini mengeluarkan antibiotik semula jadi yang memusnahkan bakteria penyebab penyakit (pathogenic).
|