Apakah manfaat menggunakan SOG-3?
SOG-3 merupakan satu formula makanan organik 3 dalam satu yang diperbaharui yang bertindak membersih dan membuang racun dari dalam sistem serta menyediakan khasiat menyeluruh untuk menguatkan sistem ketahanan tubuh anda. Ia akan meningkatkan metabolisma tubuh anda dan membolehkan bahan beracun dikeluarkan daripada sistem tubuh secara semula jadi sekali gus mengurangkan keadaan berasid tubuh supaya ia lebih beralkali.
Adakah ia menyebabkan seseorang itu ketagih pada SOG-3?
Tentu sekali tidak. SOG-3 adalah seperti sajian makanan biasa. Anda boleh mencuba tidak mengambil SOG-3 selama sehari atau dua, ia tidak akan mendatangkan rasa kurang selesa.
Bolehkan SOG-3 digunakan untuk berpuasa?
Lama sebelum SOG-3, manusia telah berpuasa sebagai cara untuk pembersihan dalaman. Kini dengan SOG-3, kami dapati satu kaedah semula jadi untuk membersihkan tubuh di mana keberkesanan dan hasilnya didapati lebih baik daripada kaedah lain. Gunakan SOG-3 setiap hari selama beberapa hari dan faedahnya serupa dengan berpuasa tanpa membahayakan kesihatan.
Bolehkan SOG-3 digunakan selepas pembedahan?
SOG-3 sangat disarankan untuk pesakit yang telah melakukan pembedahan terutama selepas pembuangan batu karang. Sesiapa yang menghidap sebarang jenis masalah ketulan sedemikian disarankan mengambil SOG-3 yang didapati boleh mengurangkan saiz ketulan serta mengurangkan kesakitan.
Adakah SOG-3 menyebabkan sembelit?
Tidak. Dalam kes tertentu, ini disebabkan minum yang tidak cukup semasa mengambil SOG-3. Ini mungkin kerana gaya hidup kita yang sibuk dan melakukan aktiviti sukan, lebih banyak air digunakan oleh tubuh dan ini perlu diganti secukupnya. Jika penggunaan air seharian anda adalah kira-kira 3000 cc dan masih mengalami sembelit, anda perlu mengambil lebih buah-buahan dan madu. Selepas itu, jika masih mengalami sembelit, masalah anda mungkin berpunca daripada usus besar yang tidak berfungsi dengan normal dan anda perlu berhenti mengambil SOG-3 serta berbincang dengan doktor anda.
Adakah mereka yang mempunyai masalah buah pinggang mengambil SOG-3?
Kegagalan buah pinggang disebabkan metabolisma yang lemah dan tiada kaedah penyembuhan yang khusus. Jika masalah buah pinggang dibiar tidak dirawat, ia akan menjadi penyakit yang lebih teruk dan angin ahmar serta penyakit jantung dan uremia. SOG-3 mengandungi sejumlah besar khasiat dan galian yang boleh melincirkan tugas buah pinggang dan menstabilkan metabolisma. Ia juga akan menggantikan kehilangan potasium, vitamin B1 dan protein serta menstabilkan kencing, mengurangkan bengkak dan memberikan tenaga kepada sel buah pinggang.
Mengapa sesetengah orang mengalami peningkatan paras gula darah selepas menggunakan SOG-3?
Kita perlu meneliti tabiat pemakanan kita sebelum dan selepas mengambil SOG-3, kita perlu memberi pertimbangan sama ada kita mengambilnya dengan cara yang betul dan jangka masa kita mengambilnya. SOG-3 adalah formula makanan organik diperbaharui yang menyediakan tubuh kita dengan khasiat yang diperlukan. Ia bukanlah sejenis ubat tetapi ia membantu masalah kencing manis secara berperingkat memandangkan ia menyediakan unsur yang diperlukan pada bahagian pankreas untuk mengeluarkan insulin bagi membantu mengawal paras gula darah. Ia bukannya insulin oleh itu, ia tidak akan begitu berkesan seperti pengambilan insulin. Jika anda mengalami peningkatan paras gula darah selepas mengambil SOG-3, kurangkan pengambilan biji-bijian, kentang, buah berangan, barli, keladi atau buah-buahan manis.
Jika SOG-3 bukan ubat-ubatan, mengapa ia meningkatkan keadaan penghidap kencing manis lebih baik daripada ubat-ubatan?
Kencing manis seperti masalah buah pinggang juga disebabkan metabolisma yang lemah di mana proses sel baru menggantikan sel lama dan proses ini menjejaskan keseluruhan kesihatan tubuh. Kekurangan insulin berpunca daripada metabolisma tidak normal karbohidrat yang memaksa pankreas untuk mengeluarkan insulin dalam jumlah yang lebih besar tetapi selepas beberapa pusingan, pankreas semakin penat dan kehilangan fungsinyasecara berperingkat. Jika insulin disuntik, pembuluh darah terutamanya kapilari darah mungkin tercedera. Beberapa kesakitan juga mungkin berlaku. SOG-3 mengandungi sejumlah besar khasiat metabolisma dan galian yang menjadi bahan utama untuk memperbaiki fungsi normal organ metabolisma dan membantu pengeluaran insulin bagi mengawal paras gula darah secara berperingkat dan ini mungkin tidak dapat dilakukan oleh ubat-ubatan. Penghidap kencing manis disarankan supaya mengambil SOG-3 dalam tempoh yang panjang bagi mengawal paras gula darah mereka untuk menempuh kehidupan seperti biasa.
Pengguna SOG-3 perlu minum banyak air tetapi ini mungkin kurang menyenangkan bagi golongan tua pada waktu malam kerana mereka perlu bangun banyak kali untuk ke tandas, adakah sebarang pilihan?
Tiada sebarang pilihan, memang penting minum bnayak air apabila mengambil SOG-3. Bagi mereka yang mengalami masalah seperti tekanan yang teruk, jantung dan pembuluh darah mungkin akhirnya mengalami angin ahmar atau lumpuh jika mereka tidak bersusah payah untuk melegakan keadaan mereka pada waktu malam apabila diperlukan. Berdasarkan statistik perubatan, golongan pertengahan usia dan tua biasanya mengalami masalah angin ahmar di tengah malam. Untuk mengelakkan diri daripada ke tandas, mereka biasanya minum air sedikit saja pada waktu malam. Bagaimanapun, sewaktu tidur, sejumlah air keluar menerusi pernafasan dan pori-pori. Kepadatan darah dalam pembuluh darah akan meningkat dan lebih padat menyebabkan masalah tersumbat dan mengakibatkan ancaman angin ahmar atau kerosakan jantung. Pergi ke tandai mungkin kurang menyenangkan tetapi ia membantu mengawal sistem tubuh anda bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
Adakah SOG-3 boleh digunakan bersama ubat-ubatan?
SOG-3 bukanlah ubat-ubatan oleh itu, ia boleh digunakan sewaktu menggunakan ubat-ubatan lain tetapi ia disarankan untuk digunakan selepas 30 minit mengambil ubat.
Adakah SOG-3 disarankan untuk kanak-kanak?
SOG-3 adalah makanan organik hebat yang sesuai untuk sesiapa saja, daripada bayi kepada golongan tua. Bagaimanapun, anda perlu mengurangkan saiz sajian untuk bayi dan kanak-kanak. Untuk bayi dan kanak-kanak, setengah sudu kecil SOG-3 boleh ditambah untuk memanaskan bubur dan dimakan sekali sehari.
|