|
Dana Ehsan
Keluarga
Family Compassionate Fund (FCF)
Dana Ehsan Keluarga ini ditubuhkan atas
dasar kasih sayang dan tolong menolong sesama kita sendiri. Oleh
demikian, kita bersama memberi sumbangan RM2.00 dari setiap
kedatangan Pengedar Citidirect dan potongan bonus bulanan. Jumlah
sumbangan terkumpul akan didermakan kepada pewaris si mati. Kami
amat percaya dengan penglibatan dan sokongan daripada semua pihak
serta akan meningkatkan rasa kasih sayang dan bersikap perihatin.
Walaupun sumbangan anda adalah kecil, tetapi dengan kerjasama semua
ahli, kita bersama mendapat menyediakan tabung yang memadai untuk
pewaris si mati.
Dana Ehsan Keluarga adalah bebas atas
pilihan anda sendiri untuk menyerta. Dana Ehsan Keluarga ini akan dilancarkan pada Julai, 2006.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu membina komuniti rakan
niaga yang penuh rasa kasih sayang, tolong menolong dan perihatin
terhadap satu sama lain.
Terma dan Syarat
1.
Kelayakan Penyertaan
Dana Ehsan Keluarga adalah terbuka untuk semua
Pengedar Citidirect
yang layak sahaja.
2.
Jumlah Sumbangan
Setiap sumbangan dari Pengedar RM2.00 adalah kutipan dari potongan
bonus bulanan Pengedar. Jumlah sumbangan yang dikutip oleh Citidirect
Antarabangsa akan diserahkan kepada pewaris si mati. Sekiranya
terdapat dua Pengedar meninggal dunia dalam satu bulan, RM4
akan dipotong dari bonus bulanan. Sumbangan maksima bagi Pengedar
untuk satu bulan adalah RM20 sekiranya bulan tersebut tidak
mempunyai sebarang penyertaan Pengedar.
3.
Pengagihan Dana Ehsan
Jika 10 orang ahli meninggal dunia dalam satu bulan, setiap pewaris
akan mendapat RM2.00 daripada sumbangan setiap Pengedar. Sekiranya
lebih daripada 10 Pengedar meninggal dunia dalam satu bulan, dana
kutipan akan dibahagikan sama rara kepada pewaris.
Contoh: jumlah Pengedar: 20,000 orang
Jumlah kutipan: 20,000 x RM20.00 =
RM400, 000.00
Jumlah kematian: 20 orang
Jumlah yang layak diterima: RM20,000.00 setiap pewaris.
4.
Pewaris
4.1
Setiap peserta hanya boleh menamakan seorang pewaris sahaja. Nama
pewaris yang dikemukakan mestilah mengikut nama sebenar di dalam kad
pengenalan.
4.2
Pewaris mestilah berumur 18 tahun ke atas.
4.3
Pewaris mestilah mempunyai hubungan keluarga terdekat Pengedar.
Keluarga terdekat adalah termasuk:-
4.3.1. Ibu bapa dan anak-anak
4.3.2. Pasangan suami isteri
4.3.3. Adik beradik
4.4
Pewaris berkemungkinan menjadi pewaris lebih dari satu kepada Pengedar sekiranya pewaris adalah menjadi hubungan keluarga
terdekat.
4.5
Penukaran nama pewaris mestilah secara lisan di hadapan saksi dan
tandatangan di dalam notis hendaklah sama dengan tandatangan di
borang penyertaan. Jika Pengedar dan pewaris meninggal dunia pada
masa yang sama, maka pemegang amanah yang dinyatakan dalam "Letter
of administration" akan menerima sumbangan.
5.
Syarat-syarat & Peraturan
Kelayakan Dana
5.1
Mendaftar sebagai pengedar Citidirect dan enam bulan dari tarikh penyertaan dana atau
sebelum kematian.
5.2 Menaja lima Pengedar Citidirect
dan mengekal bulanan jualan peribadi 10BV sebelum kematian..
6.
Penyertaan Rakan Kongsi/Syarikat Berdaftar
Kepada peserta yang menyertai dana ini
yang menggunakan nama syarikat, rakan kongsi, atau syarikat
berdaftar haruslah mengemukakan surat notis bersama borang FCF
untuk menyatakan nama peserta & pewaris bagi dana ehsan ini.
Penggunaan nama sendiri atau nama syarikat, pewaris akan mendapat
sumbangan dari dana ini berdasarkan surat notis dan borang FCF
yang di kemukakan oleh Pengedar.
7.
Pengecualian
Dana FCF ini hanya dikeluarkan atas kematian semulajadi
atau kemalangan sahaja. Kematian akibat bunuh diri, penyertaan
aktiviti berisiko tinggi, bencana alam dan mereka yang menyertai
kegiatan haram atau jenayah tidak layak menerima dana ini. Dana ini
akan dikeluarkan kepada pewaris selepas pengesahan dan menerusi
sijil kematian.
8.
Hak Syarikat
Pihak syarikat berhak menukar sebarang syarat-syarat & peraturan
untuk dana FCF dengan tanpa sebarang notis terdahulu kepda
Pengedar.
*Sebarang kesalahan versi bahasa,
Versi Bahasa Enggeris adalah versi bahasa utama untuk penggunaa
dalam syarat-syarat dan peraturan.
Kadar Tetap Penukaran Mata Wang
Asing
RM1 =
US$0.26, 2,500 Rupiah, 13.00 Peso, S$0.50, BR$0.50, AU$0.40, NZ$0.40,
11.00 Bahts, HK$2.00
Certified Letter
|